Welcome To Piqa's Space! | Home? :( | Follow Me? :D




Assalamualaikum Piqa's Blogg Here.Do follow and leave your footprint on my ChatBox Be nice here or I'll kill you.hehe.kidding.I Love him :)

☞ STUFFIE
☞ FRIENDS
☞ MENGEJAR PELANGI KEHIDUPAN

Cerita Saya Yang Lalu

How to Make a Woman Happy
Mengejar Pelangi Kehidupan (Part II)
Mengejar Pelangi Kehidupan(Part I)
Salam Ramadhan :)
Butterfly ♥ Melly goeslow feat andhika pratama
BlogSkin By Piqa
ONE DIRECTION
Cantik Bertudung by Farina
Segmen :Saya Blogger Baharu Fasa 3!
Tips Tidur Oleh Rasulullah :)


Daisypath Anniversary tickers



Template:original by Piqa
Source : ♥♥♥

Mengejar Pelangi Kehidupan (Part III)
Saturday, 1 September 2012 ? 0 Tukang Komen
... " Saya Suka Awak!" ..Aku terkedu sebentar apabila melihat tulisan pada buku itu.Hatiku bertambah-tambah curiga dan ingin benar tahu siapa Prince Sunshine itu.

  Keesokan paginya,aku ke sekolah seperti biasa.Hari itu tiada yang menarik di sekolah.Pulang dari sekolah ,aku terserempak dengan Makcik Kalthum.Aku menyapanya "Assalamualaikum makcik.Sorang je ke?Nak pergi ke mana? " Dia membalas,"Makcik nak pergi ke Pasar Tani membeli barang dapur.Petang nanti datanglah rumah makcik,berbuka sama-sama ya?Ajak ibu dan ayah kamu sekali." "Ibu?Ibu saya sudah lama meninggal, makcik.Ayah pula,kalau dia tak busy nanti saya ajak sekali ya makcik? "  "Makcik minta maaf jika menyinggung perasaan kamu." Aku tersenyum lalu membalas " Tak mengapa makcik.Saya pergi dulu.Makcik hati-hati ya?" Dia mengangguk lalu ,aku pun berlalu pergi.

   Sampai di rumah aku menghampiri ayah lalu berkata "Assalamualaikum ayah.Ayah tengah buat apa?Petang nanti ayah busy tak?" Ayah memandangku sambil tersenyum "Petang nanti ayah tiada apa-apa acara.Kenapa?" Aku tersenyum lebar "Hehee.Tiada apa.Saya mahu ayah meneman saya berbuka di rumah makcik Kalthum,boleh?" "Ohh..Siapa dia?Tak menyusahkan dia ke?" Aku mencebik " Hanis jumpa dia di depan sekolah tempoh hari.Alaa..Tidak.Dia yang menjemput kita ke rumahnya.Boleh lah ayah.." "Baiklah,petang nanti pukul 6.30 petang kita berangkat.Jauh tak rumahnya?" "Tak jauhlah ayah.Yeyeaahhh!".

  Setelah tiba dirumah makcik Kalthum.Aku memberi salam sambil menekan loceng pintu rumahnya.Makcik Kalthum keluar di muka pintu lalu berkata "Waalaikummussalam..Jemputlah masuk.".Aku melihat wajah ayah berubah dan dia seperti terpaku di hadapan pintu sejenak melihat makcik Kalthum. Aku menarik ayah masuk ,"Cepatlah ayah." Ayah seperti terpinga -pinga dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan.Makcik Kalthum meminta diri ke dapur untuk menyediakan hidangan berbuka.Aku pula meminta izin untuk ke tandas."Makcik,tandas di mana?Saya mahu tumpang tandas sebentar." "Tandasnya ada di tingkat atas." Sewaktu aku menaiki tangga tiba-tiba aku berlanggar dengan seseorang.Aku terjatuh.Badanku sakit. "Aduhhh..Jalan tak nampak orang ke?Main langgar-langgar je.Isshhhh!" Aku mendongakkan kepala dan kelihatan seorang jejaka yang tingginya lebih dariku , memiliki muka yang manis dan berkulit putih."Eh.awak tu yang jalan tak pandang-pandang salahkan orang pulak.lain kali jalan tengok depan kay." Dia berlalu pergi.Aku begitu geram dengannya.Kurang ajar betul sikapnya terhadap aku.Nak saja aku tumbuk-tumbuk wajahnya.Setelah menggunakan tandas ,aku pun turun ke bawah dan ingin ke ruang tamu.Kelihatannya ,dia rancak berbual dengan ayahku .Menyampah sungguh.Dalam hati ni hanya tuhan yang tahu.Aku lantas ke dapur dan menyapa makcik Kalthum "hai makcik.Siapa yang di depan tu?Anak makcik ke?" "Ye. itulah anak makcik yang sebaya kamu." Aku menahan rasa geram dan memaksa diri tersenyum "meh sini saya bantu makcik ya?" "Terima kasih hanis." "Sama-sama" .

  Azan maghrib pun berkumandang. Kami pun berbuka bersama-sama.Aku memandang anak makcik Kalthum lalu mencebikkan muka padanya.Mukanya kelihatan berlagak dan sombong .Setelah berbuka,kami pun pergi ke masjid dan terawih bersama-sama.Ayah kelihatan malu-malu apabila berbual dengan makcik Kalthum.Aku jarang melihat ayah seperti itu,wajahnya hampir merah ketika bercakap dengan makcik Kalthum.Ketika ayah berjalan bersebelahan makcik Kalthum.Aku terpaksalah berjalan bersebelahan anak makcik Kalthum yang menjengkelkan itu.Menyampah betul.Sementara berjalan, aku berangan mengenai Prince Sunshine sambil berbisik 'Mesti Prince Sunshine macam crush aku.Mesti Prince Sunshine Handsome.Aww.Siapalah Prince Sunshine ini?Bilalah nak jumpe dia.Aku mesti siasat mengenai dia.' Shahrizal,anak makcik Kalthum menyergah aku "Woitt..Berangan je eh? Berangan pasal saya lah tu." Aku memandangnya dengan wajah yang marah "Takde maknanya nak berangan pasal awak.Awak bukannya handsome pun.Perasan je." "Saya handsome tauu..Cakaplah saya handsome.. Ramai je cakap saya handsome " Hati aku rasa macam nak meletup dan alangkah bagusnya dapat baling mamat ni dalam sungai  " Perasan betul .Dah-dah pergi main jauh-jauh." Sewaktu berjalan, aku tersepak batu lalu aku tersungkur dan hampir terjatuh,tiba-tiba Shah menyambut aku.Aku melihat mukanya,kami saling bertentangan mata.Malu betul aku masa itu.Tak tahu nak letak mana muka ni. "Isshh..apa pegang-pegang ni?" "Eh.Orang dah tolong, bukan nak bersyukur,malah marah-marah pulak" Aku memandangnya sambil mengejek "Suka hatilah". Selepas solat terawih,kami pulang ke rumah masing-masing.


  Pada keesokan harinya,aku pergi ke sekolah seperti biasa.Aku cuba mencapai buku Addmath di dalam meja .Aku menarik keluar buku Addmath lalu ada satu sampul surat yang terjatuh ketika aku menarik buku Addmath itu.Sampulnya berwarna purple.Sungguh comel.Aku terpersona.Apabila aku membukanya.terdapat hanya sekeping kad.

Assalamualaikum Hanis,

Awak comel bila marah.Awak comel bila senyum.Saya suka melihat awak.Belajar bersungguh-sungguh ye.Saya sentiasa menyokong awak :)

                                                                                                     Yang benar,
                                                                                                   Prince Sunshine.


     Dia lagi dan lagi.haihhh..Bagaimana aku nak cari dia?He is so mysterious but I don't get the clue.


(bersambung..)


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post