Welcome To Piqa's Space! | Home? :( | Follow Me? :D




Assalamualaikum Piqa's Blogg Here.Do follow and leave your footprint on my ChatBox Be nice here or I'll kill you.hehe.kidding.I Love him :)

☞ STUFFIE
☞ FRIENDS
☞ MENGEJAR PELANGI KEHIDUPAN

Cerita Saya Yang Lalu

Mengejar Pelangi Kehidupan(Part I)
Salam Ramadhan :)
Butterfly ♥ Melly goeslow feat andhika pratama
BlogSkin By Piqa
ONE DIRECTION
Cantik Bertudung by Farina
Segmen :Saya Blogger Baharu Fasa 3!
Tips Tidur Oleh Rasulullah :)
Tutorial Nak Letak Copyright atau Hak cipta Terpel...
Tutorial Lagu Youtube Di Belog By Piqa


Daisypath Anniversary tickers



Template:original by Piqa
Source : ♥♥♥

Mengejar Pelangi Kehidupan (Part II)
Thursday 23 August 2012 ? 0 Tukang Komen
  Lalu aku terkedu setelah membuka kotak tersebut.Di dalamnya berisi sebuah buku yang bertajuk 'Rahsia Kecemerlangan Dalam Kehidupan'.Aku cepat-cepat mengambil surat yang dikepilkan pada kotak tersebut.Aku membacanya suratnya


Kehadapan hanis,

Assalamualaikum.. Saya cuma dapat menghadiahkan kamu sedikit buah tangan ini.Saya harap kamu sudi menerimanya walaupun tidak seberapa.Ianya mungkin dapat membangkitkan semangat kamu.Saya berharap awak dapat manfaat daripadanya :) Salam.

                                                                                                                    Yang benar,
                                                                                                                   Prince sunshine.


  'Dia Lagi?!' bisikku.Kenapa pula dia nak kasi aku hadiah buku pula? Aneh.Orangnya pun aku tak kenal.Haihhh.Prince sunshine,Siapalah dia.Adakah kelas dia berdekatan dengan aku? .Semua persoalan berlegar-legar di kotak fikiranku.Aku sambung belajar seperti biasa dan memadamkan apa yang bermain di fikiran ku tadi.

                                                                                                    

Ramadhan menjelang .Itulah saat yang ditunggu-tunggu.Bulan keberkatan untuk semua umat Islam.Aku seperti biasa pulang dari sekolah terus mandi ,solat dan membantu ayahku masak.Sejak ibu meninggal 15 tahun dahulu, hanya ayah menguruskan aku dan menjadi superhero di hatiku.Aku hanya anak tunggal dan menjadi anak kesayangan ayah.

   Pada suatu petang,sewaktu aku berjalan pulang dari sekolah,aku terserempak dengan seorang makcik yang berumur lingkungan 40 an.Aku juga tidak mengenalinya tetapi wajahnya saling tak tumpah persis wajah arwah ibuku.Aku menepuk-nepuk pipiku.Ku kira aku cuma bermimpi di siang hari rupanya bukan.Aku menghampiri makcik itu perlahan-lahan lalu bertanya " Assalamualaikum makcik.Makcik sendirian sahaja ke?" lalu dia membalas "ya,makcik sendirian di sini menunggu anak makcik menjemput makcik .Anak ini baru pulang dari sekolah ye?" Lantas ku membalas ringkas"ya,makcik". "Kamu tinggal di mana?Tak jauh ke berjalan?" ."Tidak makcik,rumah saya hanya di Taman depan itu saja.Tak jauh pun".Aku tersenyum dan bertanya "Nama makcik apa?Makcik tinggal di mana?" ."Nama makcik Ummu kalthum .Makcik tinggal dengan anak makcik di Kampung Baru.Nama anak ni siapa?".Ternyata dia bukan arwah ibuku .Aku menarik nafas lega dan berkata,"Ohh.Tak jauh lahh rumah kita.Kalau raya nanti,bolehlah saya datang beraya rumah makkcik nanti.Nama saya Hanis Qalesya.Ramai panggil Hanis je." "Boleh saja.Datanglah,makcik sentiasa mengalu-alukan tetamu datang.Nah ini alamat rumah makcik ." Dia menghulurkan sekeping kertas kecil.

   Pon Pon.Bunyi hon kereta menghampiri kami.Terperanjat jugak aku dibuatnya."Makcik pergi dulu ya?Nanti kalau senang datang je rumah makcik.Nak berbuka rumah makcik pun boleh.". Aku menjawab "Baiklah makcik.Hati-hati" lalu aku melambai-lambaikan tangan ke arah kereta yang berlalu itu. Aku melihat ke arah jam tangan yang ku pakai sudah menunjukkan jam 5 petang dan aku sudah lewat nak masak.Aku berjalan dengan pantas menuju ke rumah.

   Sampai saja dirumah,aku solat dan membantu ayah memasak makanan berbuka.Selepas berbuka,aku dan ayah pergi ke masjid untuk menunaikan solat terawih.Seronok rasanya nak pergi solat terawih.Sewaktu di dalam masjid,aku terserempak dengan Anisa dan Leeya.Bertambah-tambah seronok.Aku cerita serba sedikit kepada mereka mengenai makcik yang aku temui di tepi jalan tadi.Mereka pun agak terkejut kerana muka makcik itu serupa dengan arwah ibuku.Namanya Ummu Kalthum manakala nama ibuku Qaisara.Mungkin dia adalah pelanduk dua serupa sahaja dengan arwah ibuku.

  Pada keesokan harinya,aku bercadang ingin berbuka bersama-sama Makcik Kalthum.Aku mengajak ayahku ke rumahnya tetapi ayah sibuk dan ada majlis berbuka puasa di pejabat pula.Jadi aku pergi ke sana bersendirian.Aku memberi salam dan kelihatan Makcik Kalthum keluar dari rumah dan menjemputku masuk.Makcik Kalthum melayan aku dengan mesra dan menyuruh aku menganggapnya sebahagian daripada keluargaku.Aku cuba membantunya memasak tetapi dia enggan menyusahkan aku dan dia menyuruhku hanya duduk di ruang tamu.

  Sementara menunggu Makcik Kalthum memasak,aku membelek-belek album gambar lama yang terdapat di atas meja di ruang tamu rumahnya.Kelihatan dalam foto seperti dia mempunyai 3 orang anak,iaitu dua lelaki dan seorang perempuan ketika mereka masih kecil.Sesudah Makcik Kalthum selesai masak,dia mengajak aku berbual " Hanis..tengok album lama ke?" Aku tersengih lalu menjawab "Ya makcik.Err..Anak makcik ada 3 orang eh?" Wajahnya berubah dan dia berkata "Ya,tapi anak makcik yang perempuan sudah meninggal.Yang tinggal dua anak lelaki makcik yang masih bujang tu.Seorang sudah bekerja ,yang seorang lagi masih bersekolah di SMK Tun Razak."  "SMK Tun Razak? Saya juga bersekolah di sana .Mungkin saya kenal anak makcik.Siapa namanya?". "Namanya Muhammad Shahrizal Qusyri.Dia baru saja masuk sekolah iu tahun ini kerana kami sekeluarga baru saja berpindah ke sini.Dia bakal mengambil SPM tahun ini.Ohh lupa nak tanya kamu tingkatan berapa ya?"  'Shahrizal? Siapa pula mamat ni? Kenapa aku tak pernah kenal ek?' bisikku. "Oh. Saya pun bakal menduduki SPM tahun ni.Maknanya kami sebaya lah." Aku melihat sekeliling rumah.Nampaknya tiada siapa di rumah selain makcik Kalthum ,aku pun bertanya," Makcik,mana anak-anak makcik?Mereka tidak berbuka sama ke?Mana pula suami makcik?" Wajahnya sekali lagi berubah " Anak-anak makcik ada di rumah nenek mereka.Kata mereka,mereka rindu akan nenek dan atok mereka di kampung.Suami makcik pula....... Dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan dengan anak perempuan makcik beberapa tahun dahulu" Makcik kalthum menitiskan air matanya."Saya turut bersimpati atas kepergian orang yang makcik sayangi". Azan Maghrib pun berkumandang. Kami berdua berbuka bersama-sama.
Selepas berbuka,kami ke Masjid dan bersolat terawih bersama-sama.Aku rasa sungguh selesa dan bahagia seperti mendapat kasih sayang seorang ibu.Aku dihantar pulang oleh Makcik Kalthum.

 Setelah tiba di rumah,kelihatan ayah masih belum pulang .Aku mengucapkan terima kasih  dan bersalam dengan Makcik Kalthum lalu masuk ke dalam rumah.Sewaktu aku baring di katilku yang empuk itu,tiba-tiba aku teringat akan buku yang dihadiahi oleh Prince Sunshine aku itu.Aku membaca buku itu sampai habis untuk menghilangkan kebosanan.Tiba-tiba, di muka surat terakhir ada tertulis....

(bersambung......)



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post