FLYING Heart To SAMURA.
Wednesday, 15 February 2012 ? 0 Tukang Komen
Setiap detik dan saat ku hitung ,bilakah aku akan dapat kembali bertemu kamu.Setiap waktu bagaikan suatu penderitaan yang harus ku lalui demi kamu.Meskipun ku tahu aku tidak sempurna dan secantik sesiapa,aku akan tetap setia menanti dirimu pulang ke sini dengan membawa sinar harapan.Setiap waktu aku dihantui rasa cemburu kerana tidak dapat memiliki dirimu.Setiap malam aku akan bermimpi tentangmu.Setiap langkah-langkahku,ku sentiasa mengingat dirimu.Setiap kali ku termenung,kenangan manis tentang dirimu ku terbayang selalu.Setiap kali telefon ku berdering,ku sentiasa merindui mesejmu.Setiap kali aku belajar,ku sentiasa mengingat pesananmu dan setiap kali ku menangis,hanya kerana kamu.Pabila ku mendengar khabar bahawa kamu telah bercinta dengan orang lain di sana,aku akan sentiasa menenangkan diriku yang cemburu.Aku memang takut kehilanganmu tetapi kalau dah jodoh tak kemana.Itu yang selalu kamu ucapkan pada diriku ini.Aku akan sentiasa menyayangi dan mencintai dirimu seadanya kerana ku yakin kamu adalah jodohku.#sekian,terima kasih.